Iggy Houben teruja mahu sarung jersi Harimau Malaya

Iklan
Iggy Houben

CALON pemain warisan negara, Iggy Houben mengakui teruja dan gembira sekiranya dapat menyarung jersi Harimau Malaya.

Houben yang ketika ini beraksi bersama skuad muda kelab Belanda, PSV Eindhoven turut mengesahkan neneknya berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur sekali gus membuka peluang untuknya beraksi untuk Malaysia.

Iklan
Iklan

"Ini adalah peluang yang menarik dan saya amat gembira. Pertalian darah Malaysia melalui nenek yang berasal dari Titiwangsa.

"Saya ingin berterima kasih kepada yang bertanyakan soalan. Saya sangat hargainya. Malaysia boleh," katanya dalam satu sesi soal jawab bersama laman Frfuturetalents.

Iklan

Pemain berusia 19 tahun itu dikaitkan untuk menyertai Harimau Malaya, namun masih belum ada kata putus daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutama perlu menyemak kesahihan dokumen yang dimiliki Houben.

Sekiranya Houben dapat mewakili pasukan negara, ia bakal menjadi nilai tambah terbaik buat pasukan negara yang ketika ini sedang mencari pemain warisan berkualiti.

Iklan

Dalam pada itu, dia juga menjelaskan boleh beraksi di tiga posisi yang akan menambah sengat jentera depan Harimau Malaya.

"Saya boleh bermain di sayap kiri, sayap kanan dan pemain tengah," katanya.