RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM

Iklan
Mohd Yusri (dua dari kiri), beramah mesra bersama orang ramai yang menyemak dan membayar saman trafik di kaunter khas bayaran kompaun saman PDRM sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kutipan saman bernilai RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 24,400 saman telah diselesaikan semalam.

Iklan
Iklan

Mohd Yusri turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan pilihan membayar saman secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar PDRM atau laman web https://mybayar.rmp.gov.my/en/main.

Orang ramai menyemak dan membayar saman trafik di kaunter khas bayaran kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama
"Orang ramai tidak perlu beratur panjang dan hanya perlu menerima kupon kod QR daripada pegawai trafik yang ditempatkan di sepanjang barisan untuk ke kaunter semakan dan bayaran saman trafik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Iklan
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, juga telah melawat kaunter awal hari ini dan berinteraksi mesra dengan orang ramai.

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof juga telah mencadangkan agar tawaran diskaun ini dilanjutkan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung gembira dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan MADANI atas diskaun dan kemudahan yang ditawarkan pada program 2TM ini.

Iklan

Semalam, Mohd Yusri dilaporkan berkata, pada kempen kali ini pihaknya telah membuat persiapan teliti untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, dengan menyediakan 25 kaunter semakan dan bayaran saman termasuk tujuh kaunter khas dan 21 mesin e-payment, serta 520 kerusi untuk orang ramai menunggu.

Kaunter semakan dan pembayaran saman antara menjadi tarikan pengunjung pada hari kedua Program 2TM yang bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’. - Bernama