Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Ancaman hakisan yang berlaku di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras menyebabkan lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan dikebumikan semula selepas beberapa kubur runtuh akibat hakisan ombak yang melanda tanah perkuburan tersebut pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.