Rumah tiba-tiba roboh, sembilan penghuni berdepan detik cemas

Iklan
Keadaan rumah yang didiami sembilan sekeluarga roboh dan tenggelam dalam air dalam kejadian di Kampung Air, Semporna.

SEMPORNA - Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di sini tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kesemua mangsa terperangkap dalam runtuhan tersebut sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna Noor Jali Maslah berkata, terdapat sebuah rumah di atas air telah roboh.

Pasukan bomba berusaha menyelamatkan penghuni yang terperangkap dalam runtuhan rumah di Kampung Air, Semporna.

"Terdapat sembilan mangsa termasuk lima kanak-kanak berada di dalam rumah tersebut yang terperangkap. Maklumat daripada keluarga juga mendapati seorang kanak-kanak merupakan OKU bisu terperangkap dalam biliknya.

Iklan

"Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mereka dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 2.59 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Iklan

"Mangsa pula dipindahkan ke balai raya kampung sebagai penempatan sementara," katanya.