Cadangan pinda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak cerminkan reformasi PH

Iklan
Shahril Sufian ketika Program Podcast Keluar Sekejap episod 132.

SHAH ALAM - Ura-ura mengenai cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih menyekat kebebasan media tidak mencerminkan reformasi yang telah dicanang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, ia adalah ujian terkini kepada komitmen kerajaan melakukan reformasi khususnya PH.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika dibandingkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini lebih ke hadapan dalam membuat reformasi kepada sistem yang wujud sebelum ini.

"Kita lihat perubahan utama dalam Malaysia ini wujud di bawah Perdana Menteri UMNO dan BN. Misalnya menguatkuasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan soal gaji minima pula Najib.

Iklan

"Ini bukan nak minta tambahan pembaharuan tetapi mahu kekalkan apa yang sudah sedia ada. Jangan tambah yang draconian (terlalu keras dan teruk) atau seperti dahulu anda kutuk dan kritik," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 132 bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Iklan

Sebelum ini, tiga persatuan wartawan iaitu Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menuntut penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ketiga-tiga persatuan itu meminta Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penjelasan berikutan terdapat desas-desus menyatakan syarat dan penalti bagi media akan diperluas dan diperketatkan di bawah pindaan berkenaan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memberitahu, ada kebimbangan jika berlaku pindaan akta itu yang boleh menggugat kebebasan media.

"Mungkin ada yang kata draf pindaan ini boleh kembalikan syarat untuk mereka memohon lesen setiap beberapa tahun dan juga ura-ura mengatakan bahawa media lain juga akan masuk dalam kerangka kawalseliaan akta ini.

"Sebab kalau dulu kena memperbaharui secara berkala dan selagi dia tak dibatalkan boleh teruskan. Itu pada tahun 2012," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, Saifuddin Nasution ada menyatakan bahawa kementerian akan bekerjasama dengan semua pemegang taruh dan merangka cadangan pindaan akta yang boleh diterima oleh semua.