SABAH membuka gelanggang Piala Malaysia dengan meraih kemenangan besar 4-0 ke atas kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic dalam perlawanan pertama pusingan 16 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Perlawanan itu juga merupakan aksi terakhir pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee selepas 36 bulan bersama kelab Kepulauan Borneo tersebut.
Angkatan Kim Swee membuka akaun gol seawal minit ke-13 menerusi Saddil Ramdani sebelum Daniel Haqim Draman melebarkan jaringan minit ke-19 untuk memimpin separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Sabah menggandakan lagi jaringan menerusi Daniel Ting minit ke-76 sebelum gol sendiri pemain pertahanan PT Athletic, Yusri Yuhasmadi minit ke-79 melabuh perlawanan timbal balik pertama.
Sementara itu, Kim Swee ketika ditanya pesanan kepada pemain-pemain Rhinos selepas ketiadaan kelibat pengendali berusia 53 tahun berkenaan selepas ini, bekas pengendali Harimau Muda dan bekas pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata:"Saya percaya pemain-pemain Sabah merupakan individu yang cukup profesional dan tahu tugas masing-masing.
"Saya juga minta mereka fokus dengan sesiapa yang mengendalikan pasukan Sabah selepas ini dengan tidak memikirkan perbezaan sebaliknya mengadaptasi corak baharu."
PIALA MALAYSIA 2024/25
PUSINGAN 16
PERLAWANAN PERTAMA
KEPUTUSAN
RABU (20 NOVEMBER)
Kuala Lumpur Rovers 0-3 Johor Darul Ta’zim
(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri)
KHAMIS (21 NOVEMBER)
Penang FC 0-1 Kuching City
(Stdm Bandaraya, Georgetown)
JUMAAT (22 NOVEMBER)
Kedah Darul Aman 3-2 Kuala Lumpur City
(Stdm Darul Aman, Alor Setar)
Kelantan Darul Naim 0-3 Perak
(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
JADUAL
SABTU (23 NOVEMBER)
PT Athletic 0-4 Sabah FC
(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras)
Sri Pahang FC lwn Selangor FC
(Std Majlis Perbandaran Temerloh, 8.30malam)
Melaka FC lwn Terengganu FC
(Stdm Hang Jebat, 9 malam)
AHAD (24 NOVEMBER)
Negeri Sembilan FC lwn PDRM FC
(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)
*Tarikh, masa venue tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia