Empat lelaki jual air ketum diberkas

Iklan
Sebanyak 51 liter cecair kehijauan disyaki air ketum yang disimpan dalam 68 bungkusan plastik lut sinar dijumpai dalam serbuan itu. Gambar kanan: Daun ketum yang dirampas dalam serbuan itu. Foto Polis Kuantan

KUANTAN - Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran air ketum ditahan dalam satu serbuan di Tanjung Lumpur di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua yang ditahan berusia 28 hingga 34 tahun dalam serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan Task Force Balai Polis Kuantan, jam 12.05 tengah malam, Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi tersebut menemui pelbagai bahan dipercayai digunakan untuk memproses dan menjual air ketum.

Polis merampas beberapa peralatan untuk memproses air ketum ketika serbuan yang dijalankan pada malam Jumaat. Foto Polis Kuantan.

"Kita menjumpai 51 liter cecair kehijauan disyaki air ketum yang disimpan dalam 68 bungkusan plastik lut sinar.

Iklan

Beliau memberitahu, wang wang tunai berjumlah RM2,672 yang dipercayai hasil jualan air ketum turut dirampas.

Wan Mohd Zahari menambah, hasil soal siasat awal, dua suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penjualan air ketum.

Iklan

"Semua suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuantan bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut.

"Ujian air kencing ke atas keempat-empat suspek menunjukkan keputusan negatif," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.