Maqis patahkan cubaan seludup keluar hasil ikan ke Singapura

Iklan
Cubaan menyeludup keluar produk hasil ikan ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah berjaya dipatahkan Maqis pada Khamis lalu. Foto Maqis

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar produk hasil ikan ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, pada Khamis lalu.

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, produk tersebut iaitu udang dan filet ikan sejuk beku seberat 112 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4,333.

Iklan
Iklan
Produk hasilan ikan tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang pengikraran yang betul. Foto Maqis
Iklan

"Hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguat kuasa, telah menemukan produk hasilan ikan berkenaan yang diletakkan bercampur di celah konsainan berpermit yang lain di laluan lori eksport.

"Hasil pemeriksaan lanjut telah mendapati produk hasilan ikan tersebut cuba dibawa keluar tanpa sebarang pengikraran yang betul dan telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).