4,500 peserta meriahkan TNB Energy Night Walk & Run 2024

Iklan
TNB Energy Night Walk & Run dapat sambutan luar biasa.

[DIKEMAS KINI] TNB Energy Night Walk & Run yang berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya pada Sabtu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Acara yang diadakan sempena sambutan ulang tahun TNB ke-75 yang disambut pada 1 September lalu berjaya menggamit 4,500 penyertaan membabitkan dua kategori iaitu 3 kilometer (km) berjalan kaki dan 7.5km larian santai.

Iklan
Iklan

Mengangkat tema 'Meraikan Kemajuan, Melakar Masa Hadapan', penyertaan luar biasa tersebut membuktikan kepentingan gaya hidup sihat dan nilai kelestarian dalam kalangan rakyat Malaysia.

TNB juga mengambil langkah proaktif seperti penggunaan pencahayaan cekap tenaga sepanjang acara sebagai komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Iklan

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Turut hadir, Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Iklan

Penganjuran ini juga selari dengan prinsip ESG (alam sekitar, sosial, dan tadbir urus) dan menunjukkan komitmen TNB bukan hanya dalam mempromosikan amalan kecekapan, tetapi juga gaya hidup aktif dan sihat seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 3 – Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik.