Temui ajal ketika periksa perangkap ketam

Iklan
Mayat mangsa ditemukan berdekatan Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang di sini pada Ahad.

KLANG - Tindakan seorang nelayan yang mahu memeriksa perangkap ketam berakhir tragedi apabila terjatuh dalam laut sebelum mayatnya ditemukan di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang pada Ahad.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Mazlan Ahmad Tamin, 53, menaiki sebuah sampan kira-kira jam 8.30 pagi pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.49 pagi.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah bot untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Iklan

"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun dipercayai terjatuh daripada sampan dinaikinya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejak Sabtu.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dijalankan di sekitar lokasi berkenaan sebelum mayat mangsa kemudiannya ditemukan pada jam 1 petang, pada Ahad.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik ke darat oleh anggota penyelamat bertugas.

"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.