113 spesies haiwan di Australia perlu bantuan kecemasan

Iklan
Koala antara spesies haiwan yang memerlukan bantuan kecemasan. - Foto Agensi

SYDNEY - Australia telah mengenal pasti 113 spesies haiwan yang memerlukan bantuan kecemasan selepas bilangan dan habitatnya musnah akibat kebakaran hutan yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Hampir semua spesies dalam senarai itu kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada habitat asal.

Iklan
Iklan

Laporan senarai sementara yang disediakan Panel Pakar Pemuliharaan Hidupan Liar dan Spesies Terancam Kebakaran juga menyenaraikan haiwan seperti koala, walabi, burung dan katak adalah antara yang sangat memerlukan bantuan.

"Kebanyakan spesies dianggap selamat dan tidak terancam sebelum kebakaran namun kini ia kehilangan sebahagian besar habitat dan mungkin terancam," katanya. - Agensi

Iklan
Iklan