Maut dilanggar lori mengundur: Keluarga Mohd Hanis bakal ambil tindakan undang-undang

Iklan
Mohd Hanis (Gambar kecil) yang menunggang motosikal maut selepas sebuah lori yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur di di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Keluarga penunggang motosikal yang maut dilanggar sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba di Jalan Pantai Dalam, Kerinchi merancang akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan kejadian itu.

Abang kepada mangsa, Muhammad Hanif Sehat berkata, mereka sekeluarga berharap agar pemandu lori berkenaan dikenakan hukuman setimpal atas apa yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Saya tak pasti ketika kejadian arwah ingin ke mana, saya hanya tahu berkaitan kejadian kira-kira jam 10 pagi.

"Kami sekeluarga merancang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu," katanya pada Ahad.

Iklan

Dalam kejadian itu, Mohd Hanis yang menunggang motosikal maut selepas sebuah lori yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur di di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, di sini pada Sabtu.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan pemandu lori terlibat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru.

Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 8.34 pagi.

Menurutnya, pemandu lori berusia 32 tahun berada dalam kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek kenderaan itu.

Jelas beliau, ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun itu.

Mohd Zamzuri berkata, mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan lori itu turut melanggar sebuah kereta di laluan bersebelahan sehingga menyebabkan pemandunya luka di dahi.