LOS ANGELES - Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Jurucakap Pejabat Sherrif Larimer County, Ali Adams dalam satu taklimat berkata, pesawat Peronda Udara Awam yang membawa tiga orang di dalamnya terhempas pada 11.12 pagi waktu tempatan (1912 MT) di kawasan Gunung Storm.