BINTULU - Remaja yang hilang selepas dibawa arus di pantai kampung nelayan Batu Mandi dekat sini petang semalam ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, mayat Valentino Austin Richie, 18, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lebih kurang satu batu nautika dari pesisir pantai pada 9.18 pagi tadi.