BUCHAREST - Rakyat Romania mengundi pada Ahad bagi pusingan pertama pilihan raya presiden, memilih daripada 14 calon untuk memimpin negara itu selama lima tahun akan datang, lapor Xinhua.
Menurut Pihak Berkuasa Pilihan Raya Tetap Romania, lebih 18 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi di hampir 19,000 pusat mengundi dari 7 pagi hingga 9 malam waktu tempatan (0500 hingga 1900 GMT).
Iklan
Iklan
Pengundian luar negara bermula pada Jumaat, dengan jumlah pusat mengundi sebanyak 950, menurut pihak berkuasa pilihan raya.
Mengikut Perlembagaan Romania, jika tiada calon yang memperoleh majoriti, pusingan kedua akan diadakan antara dua pencabar teratas dalam tempoh dua minggu. Calon yang memperoleh undi sah terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Penduduk Bucharest turut mengundi dalam referendum pentadbiran tempatan dan inisiatif kesihatan awam, termasuk pembiayaan untuk program pencegahan dadah di sekolah.
Presiden Romania berkhidmat selama lima tahun dengan kebenaran maksimum dua penggal berturut-turut. - Bernama