CANBERRA - Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka, lapor Xinhua.
Menteri Komunikasi, Michelle Rowland pada Ahad mengumumkan kerajaan tidak akan meneruskan undang-undang maklumat salah berikutan ia menerima tentangan di Dewan Senat.