KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat juang luar biasa yang dipamerkan pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada aksi final kejohanan Masters China 2024 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Ahmad Zahid berkata, walaupun mereka tewas kepada gandingan nombor dua dunia dari China, kedua-dua pemain badminton negara itu menampilkan aksi yang memukau dan mendebarkan kepada penonton.