JAKARTA - Tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda dua daerah di provinsi Sumatera Utara, Indonesia pada malam Sabtu meragut 13 nyawa dengan 18 yang lain cedera, kata seorang pegawai dari agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah itu pada Ahad.
Menurut Sri Wahyuni Pancasilawati, ketua unit kecemasan, peralatan dan logistik agensi itu, tanah runtuh dan banjir kilat melanda pada malam Sabtu di daerah Deli Serdang dan Karo pada malam Sabtu.
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.