Covid-19: Singapura sahkan 3 lagi kes, 6 dibenarkan pulang

Iklan

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan tiga lagi kes baharu koronavirus (Covid-19) dikesan di republik itu menjadikan jumlahnya kepada 50 kes.

MOH dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua tiga kes itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan (Kumpulan Perkhidmatan Kesihatan) MOH, Profesor Madya Kenneth Mak dalam satu sidang media berkata, dua kes baharu melibatkan warga Singapura yang masing-masing bekerja di gereja Grace Assembly of God di Tanglin dan Bukit Batok.

Menurutnya, kes ke-50 pula membabitkan seorang warga Singapura yang bekerja di DBS Asia Central dan disahkan dijangkiti Covid-19 pagi tadi.

Iklan

Dilaporkan, kira-kira 300 pekerja DBS mengosongkan pejabat mereka di Marina Bay Financial Centre selepas seorang pekerjanya disahkan dijangkiti penyakit Covid-19.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata, enam lagi kes Covid-19 dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya adalah 15 orang.

Iklan

Kim Yong berkata, 35 kes yang disahkan masih berada di hospital dan kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik.

"Bagaimanapun, lapan pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan dalam keadaan kritikal. Kami sentiasa mendoakan mereka. Kakitangan penjagaan kesihatan juga akan terus memberikan mereka rawatan terbaik.

"Walaupun kebanyakan pesakit yang dijangkiti akan pulih, ada yang mungkin lebih parah dan sebilangan kecil berkemungkinan maut akibat jangkitan itu. Kita perlu bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk,” katanya.

Kementerian itu memaklumkan berdasarkan siasatan epidemiologi dan pengesanan kontak mendapati terdapat hubungan antara kes baharu dan terdahulu.

Setakat ini, lima kes dikaitkan dengan The Life Church and Missions Singapore di Paya Lebar Road, kluster dikaitkan dengan kedai produk kesihatan Cina, Yong Thai Hang (9); mesyuarat perniagaan swasta di Grand Hyatt Singapura (3); tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights (2) dan Grace Assembly of God (2). - Bernama