Kelantan lubuk pil kuda
Iklan
KEDUDUKAN Negeri Cik Siti Wan Kembang yang bersempadan dengan Thailand dan hanya dipisahkan oleh Sungai Golok selebar 20 hingga 50 meter menyebabkan pil kuda yang dihasilkan di Segi Tiga Emas di sempadan Thailand, Laos serta Myanmar mudah diperoleh.
Tidak sampai tiga minit menaiki perahu atau bot merentas Sungai Golok, pil kuda sudah berada dalam genggaman penagih di Kelantan. Ia secepat dan semudah itu.