Syarikat GLC, swasta taja lawatan PM cetus spekulasi

Iklan
Tindakan kerajaan menerima tajaan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta bagi menampung 70 hingga 80 peratus kos lawatan rasmi Perdana Menteri ke beberapa negara, telah mencetuskan pelbagai reaksi.

TINDAKAN kerajaan menerima tajaan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta bagi menampung 70 hingga 80 peratus kos lawatan rasmi Perdana Menteri ke beberapa negara, telah mencetuskan pelbagai reaksi.

Kerajaan menegaskan bahawa ia satu pendekatan menjimatkan perbelanjaan dan mencerminkan usaha mengutamakan kecekapan pengurusan dana negara.

Iklan
Iklan

Dari sudut positif, tajaan kos penerbangan seperti oleh Petronas, Proton dan Sapura Energy adalah tepat memandangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mempunyai kaitan langsung dengan tujuan lawatan tersebut.

Misalnya lawatan ke China, Arab Saudi dan Mesir bagi meneroka pelaburan baharu dan meningkatkan eksport membabitkan syarikat berkenaan.Menjawab kritikan berhubung tajaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada unsur salah guna kuasa dan ia dilakukan secara bersih.

Iklan

Malah syarikat terlibat turut membiayai sendiri kos perjalanan delegasi masing-masing, sekali gus mengelakkan sebarang perbelanjaan berlebihan oleh pihak kerajaan.

Menerusi tajaan kos penerbangan itu, syarikat-syarikat tersebut secara langsung telah menyumbang kepada agenda nasional.Namun dari sudut lain, kebergantungan kepada tajaan sektor swasta boleh mencetuskan kebimbangan dan persoalan berbangkit.

Iklan

Apakah bentuk balasan yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini? Adakah ia akan mempengaruhi dasar kerajaan atau memberi kelebihan kepada mereka dalam projek-projek tertentu?

Sebagai contoh, penyertaan Sapura Energy yang sebelum ini menghadapi masalah kewangan, menimbulkan tanda tanya tentang kriteria pemilihan syarikat penaja.

Meskipun ada kritikan yang mempersoalkan integriti langkah ini, realitinya adalah penglibatan sektor swasta sering menjadi amalan di banyak negara maju. Justeru, kerajaan perlu memperincikan manfaat lawatan secara terbuka agar ia tidak hanya dilihat sebagai usaha menjimatkan kos tetapi demi kepentingan negara.

Pada masa sama, pendekatan strategik yang berpotensi membawa kebaikan besar kepada ekonomi negara ini memerlukan pengurusan yang telus dan bertanggungjawab.

Gabungan penjimatan dan ketelusan adalah kunci untuk memastikan usaha ini diterima baik oleh semua pihak.