Hanya manusia, bukan mesin
Iklan
RAKYAT sentiasa berasa berhak mendapat perkhidmatan terbaik, cekap dan pantas daripada kerajaan. Tak kiralah daripada seorang guru di Finland, pegawai imigresen di Amerika Syarikat atau jururawat di Jepun, sehinggakan sering mereka terlupa di sebalik semua perkhidmatan itu, ada manusia biasa — penjawat awam yang sedang menggalas tanggungjawab tersebut.
Mungkin kerana itu kebajikan penjawat awam sering dipandang remeh. Tekanan kerja, kerenah birokrasi dan ekspektasi yang sentiasa tinggi dianggap hal normal, menjadi sebahagian tugas hakiki mereka. Tiada pula yang ambil tahu kisah di sebalik wajah selalu tenang dan tersenyum itu.