Ribut petir landa UK, tiga maut

Iklan
Angin kencang, hujan lebat dan banjir yang dibawa oleh Ribut Bert menyebabkan gangguan perjalanan dan bekalan elektrik terputus di seluruh Britain. Foto Xinhua

LONDON - Ribut Bert yang membawa angin kencang, hujan lebat dan banjir menyebabkan tiga kematian dan menjejaskan bekalan elektrik di seluruh United Kingdom (UK) hujung minggu lalu.

Xinhua melaporkan kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.

Iklan
Iklan

Di South Wales, ratusan kediaman terjejas akibat banjir.

Natural Resources Wales mengeluarkan dua amaran banjir besar pada petang Ahad bagi kawasan Sungai Monnow di Forge Road, Osbaston dan Skenfrith.

Iklan

Lebih 100 amaran banjir dan 200 amaran berjaga-jaga berkaitan banjir masih dikuat kuasa di seluruh negara.

Gangguan perjalanan turut dilaporkan dengan kira-kira 200 penerbangan dibatalkan pada Ahad di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Iklan

Perkhidmatan kereta api turut terjejas di beberapa bahagian, manakala National Rail memberi amaran bahawa cuaca buruk mungkin menjejaskan sebahagian kawasan di England, Wales, dan Scotland sehingga Isnin.

Bekalan elektrik turut terganggu di beberapa kawasan di England dan Wales sepanjang hujung minggu, menyebabkan ribuan pengguna terputus bekalan elektrik.

Di Ireland, Ribut Bert turut menyebabkan banjir dan puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik. - Bernama-Xinhua