Pulangkan jam tangan Swatch: KDN hormati keputusan mahkamah

Iklan
Saifuddin Nasution. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulangkan 172 jam tangan Swatch, termasuk siri Pride Collection yang dirampas tahun lalu.

Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang tindakan lanjut termasuk mencabar keputusan mahkamah itu akan diteliti.

Iklan
Iklan

"Reaksi awal saya, kementerian harus menghormati keputusan mahkamah.

"Tetapi untuk mencabar, saya perlu dapatkan laporan penuh terlebih dahulu," katanya menerusi sidang akhbar sempena Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, Hakim Amarjeet Singh dalam keputusannya mengarahkan KDN melakukan pemulangan dalam tempoh 14 hari selepas didapati kementerian itu telah melanggar undang-undang ketika melakukan rampasan tersebut dalam serbuan di 11 kedai Swatch di Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

Serbuan itu dilaporkan berlaku selepas warganet mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Iklan

KDN merampas jam tangan itu dalam serbuan di seluruh negara antara 13 dan 15 Mei tahun lepas.

Kemudian pada 10 Ogos tahun lepas, kerajaan mewartakan pengharaman mana-mana jam tangan Swatch atau bahan berkaitan termasuk kotak yang mengandungi pengaruh LGBT, di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.