BANGKOK - Seorang remaja berusia 17 tahun terbunuh selepas ditembak secara tidak sengaja oleh rakannya ketika rakannya itu sedang menunjukkan senjata buatan sendiri.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.20 pagi (waktu tempatan) di sebuah bilik sewa di daerah Muang dekat wilayah Kanchanaburi, Thailand.
Iklan
Iklan
Menurut jurucakap polis, Leftenan Kolonel Arkom Chomsri, Tarin Pinroj ditembak di bahagian pipi kiri dan peluru itu turut menembusi kepalanya.
Saksi, Nathapas Kumkrong, 18, berkata, dia sedang bermain permainan video dengan mangsa sebelum empat lelaki tiba menaiki dua buah motosikal dan salah seorang daripada mereka menunjukkan senjata yang dihasilkannya.
Difahamkan, suspek menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian, mengaku melepaskan tembakan dan menyifatkan kes itu sebagai satu kemalangan. - Agensi