Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa esok

Iklan
Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada 12 November lalu. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh ibu kandung yang menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk beku akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan dilaksanakan setelah tempoh reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu tamat.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Isnin, kita telah mendapat arahan untuk pertuduhan ke atas suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sehingga kini seramai 13 saksi dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Pada 12 November lalu, media melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar selepas kediamannya diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9 pagi.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku.

Iklan

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada 2021.

Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Sepasukan polis telah menahan suspek di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.