Covid-19 baharu bermula di negara luar China

Iklan
Kakitangan perubatan membawa seorang pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 di Wuhan. - Foto AFP

SINGAPURA - Wabak koronavirus (Covid-19) yang dikesan buat pertama kalinya di bandar Wuhan, China mungkin hanya permulaan di seluruh dunia dan boleh tersebar, kata pakar global mengenai penyakit berjangkit hari ini.

Sebelum ini, penasihat perubatan kanan kerajaan China berkata, penyakit yang memuncak di China itu dijangka tamat pada April dan jangkaan dibuat berdasarkan ramalan matematik, situasi yang dihadapi baru-baru ini dan tindakan kerajaan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 diramal berakhir April ini

Dale Fisher, Pengerusi Rangkaian Amaran Wabak dan Maklum Balas Global (GOARN) yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun memberitahu, ramalan tempoh itu mungkin tepat jika virus itu hanya tersebar di Wuhan.

Iklan

"Ia telah merebak ke tempat lain. Di Singapura, kami berada di permulaan wabak," katanya seperti dilaporkan Reuters.

Setakat ini, Covid-19 mencatatkan 1,115 kematian dan 45,175 kes yang disahkan di dalam dan luar China.

Iklan

Sebanyak 50 kes telah dilaporkan di Singapura, salah satu daripada negara paling ramai dijangkiti di luar China.

"Saya cukup yakin pada akhirnya setiap negara akan mempunyai kes jangkitan. Bagaimanapun, masih terdapat banyak penyebaran virus yang masih belum difahami," kata Fisher. - Agensi