Tugas getir menanti JDT di China

Iklan
Hector Bidoglio. Foto Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal berdepan tugas getir pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan jaguh Liga Super China (CSL), Shandong Taishan FC di Stadium Olimpik Jinan di China pada Selasa.

Menurut pengendali skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio, Shandong Taishan merupakan antara kelab terbaik di CSL selain turut dibarisi empat pemain skuad kebangsaan China yang beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Iklan
Iklan

Malah katanya, selain beraksi di depan ribuan penyokong lawan, kesebelasan JDT turut akan berdepan keadaan cuaca sejuk sekitar 8 darjah Celsius.

"Kami akan berdepan kelab yang hebat dari China dan ia pastinya tugas yang cukup mencabar buat kami.

Iklan

"Selain berdepan sebuah kelab yang bagus, kami juga berdepan dengan masalah cuaca sejuk, namun kami percaya pemain-pemain mampu mengekalkan momentum permainan berkualiti bagi mengekalkan momentum kemenangan.

"Ia cukup penting dalam usaha menempatkan JDT dalam kelompok lapan pasukan terbaik bagi peringkat Zon Timur,” katanya menjelang aksi berkenaan.

Iklan

Untuk rekod, Shandong Taishan yang dulunya dikenali sebagai Shandong Luneng pernah menewaskan skuad Harimau Selatan, 2-1 pada 9 April 2019 termasuk menang 1-0 di Stadium Larkin pada 24 April 2019.

Sementara itu, Bidoglio lega apabila kesemua pemain dilaporkan bebas daripada kecederaan dan penggantungan menjelang aksi penting berdepan Shandong Taishan.

"Setakat ini hanya Murilo yang sudah mengumpul dua kad kuning. Apa pun, kesemua pemain kini berada pada tahap kecergasan terbaik," ulas Bidoglio

Pengendali kelahiran Argentina itu kini fokus persiapan pasukannya berbanding untuk memikir kekuatan skuad kendalian Choi Kang-hee dan menuntut barisan pemain JDT yang bakal diturunkan beraksi dengan corak permainan berintensiti tinggi dan dinamik

"Jangkaan saya perlawanan ini merupakan perlawanan terbuka dan pandangan saya jika kami mahu menang di tempat lawan, kita harus berhempas pulas untuk capai sasaran tapi jika datang untuk keputusan seri ada kemungkinan akan tumpas. Rumusannya kita akan fokus untuk menang.

"Apa pun, kami berazam untuk tampil lebih baik berbanding aksi ketika menentang Ulsan HD FC, baru-baru ini.

"Walaupun kami sedar bakal beraksi di tempat lawan yang pastinya berbeza, kami berazam untuk memberikan lebih daripada 100 peratus dan pemain juga tampak bermotivasi untuk berdepan kelab dari China itu,” katanya.