Pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka jam 6 pagi

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok tetap terpakai kepada semua pelajar di kedua-dua negara.

KOTA BHARU - Pintu sempadan akan dibuka seawal jam 6 pagi apabila pelaksanaaan penguatkuasaan larangan melalui laluan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kedua-dua negara tidak mempunyai masalah untuk membuka Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 6 pagi bagi memudahkan pelajar melalui laluan yang diwartakan itu.

Iklan
Iklan

"Sebelum Covid-19 memang ICQS bermula jam 6 pagi dan kita dimaklumkan Thailand juga tiada masalah untuk membuka pintu sempadan mereka lebih awal," katanya pada Isnin.

Beliau turut memberitahu, ramai yang bersetuju dengan usaha yang dilakukan setakat ini bagi mencegah penyeludupan dan tidak timbul sebarang isu berkaitan pemilik bot di jeti kecil sepanjang Sungai Golok.

Iklan

"Isu bot juga tidak timbul kerana kita percaya golongan yang tidak bersetuju itu adalah mereka yang ada masalah," katanya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Ahad mengadakan mesyuarat kira-kira tiga jam membabitkan pelbagai agensi termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Iklan

Mohd Yusoff memaklumkan akan mengumumkan hasil penuh mesyuarat itu pada 1 Disember ini.