Sultan Pahang, Tunku Azizah zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab

Iklan
Ucapan takziah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kepada keluarga Ahmad Nawab yang dimuat naik di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang pada Isnin.

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Tan Sri Dr Ahmad Nawab.

Melalui hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada Isnin, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Iklan
Iklan

"Baginda berdua turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini," menurut kenyataan itu.

Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar jam 3.15 petang.

Iklan

Memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun, Ahmad Nawab dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006.

Allahyarham mencipta legasi dalam industri rakaman negara dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an merupakan individu bertanggungjawab melahirkan ramai nama besar dunia seni suara.

Iklan

Sepanjang kariernya, Allahyarham Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.