PGA tingkat kawalan elak penyeludup ambil kesempatan air Sungai Golok naik

Iklan
Sungai Golok selain sebagai laluan utama yang hanya berjarak beberapa meter antara Malaysia-Thailand ia turut menjadi laluan penyeludup - Gambar hiasan. Gambar kecil: Nik Ros Azhan

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan penyeludup mengambil kesempatan susulan kenaikan paras air Sungai Golok pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pada masa sekarang, keadaan Sungai Golok pasti semakin melebar yang membolehkan bot penyeludup masuk lebih jauh ke sempadan negara.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita menggunakan pacuan empat roda melalui jalan Kasban dalam penugasan Op Taring Wawasan Kelantan.

"Rondaan lebih kerap di laluan tersebut dan jalan di sepanjang pesisir Sungai Golok terutama di kawasan 'hotspot' memandangkan kebanyakan tebing ditenggelami air dan membahayakan anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Nik Ros Azhan berkata, bot turut digunakan bagi memindahkan anggota terkesan banjir ke kawasan selamat dan anggota PGA menjalankan rondaan menggunakan motosikal jenis 'scrambler' yang mempunyai ketinggian sesuai bagi meredah banjir.

Beliau berkata keseluruhannya trend penyeludupan semasa musim MTL sedikit berkurang disebabkan keadaan arus sungai deras dan air dalam namun tidak dinafikan ada penyeludup mengambil kesempatan dan sanggup mengambil risiko.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau berkata berkata buat masa ini belum ada pos kawalan terjejas banjir tetapi dua pos iaitu Pos Ibrahim Pencen dan Pos Sharifah mulai dinaiki air di kawasan sekeliling pada paras 0.3 meter semalam. - Bernama