'Ibu hanya tahu cucu meninggal dunia'

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kampung Sungai Lerek, Setiu.

KOTA BHARU - Ibu mangsa kemalangan maut membabitkan dua kenderaan di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu pada Isnin belum mengetahui tragedi yang berlaku ke atas anak dan menantunya.

Adik mangsa, Nor Syahida Ibrahim, 38, berkata, ibunya, Siti@Fatimah Amah, 74, hanya mengetahui cucunya yang meninggal dunia dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

Menurut Nor Syahida yang juga adik kepada Kamarudin Ibrahim, 55, ibunya berkali-kali berdoa supaya anak dan menantunya selamat.

Nur Ardiena (kiri) meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu.

Nor Syahida juga memberitahu, ibunya dijadualkan menjalani pembedahan jantung dalam masa terdekat.

Iklan

Sinar Harian melaporkan, tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, mangsa maut ialah Nur Ardiena Kamarudin, 30, serta ibu bapanya, Maimunah Mat Isa, 54, dan Kamarudin Ibrahim.

Iklan

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Negeri Sembilan selepas menghadiri majlis konvokesyen adik bongsu, Nur Azwa Shamimi, 21, di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Jelas Nor Syahida lagi, Nur Azwa Shamimi kini kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

"Kami semua mendoakan Nur Azwa Shamimi diberikan kekuatan dan dapat melepasi tahap kritikal supaya segera dipindahkan ke hospital di Kota Bharu," katanya.