LUMRAH kanak-kanak sememangnya suka bermain dan meneroka hinggakan kita yang sedang solat pun turut menjadi pusat perhatian mereka.
Ada sahaja gangguan dilakukan termasuklah menyentuh ibu bapa yang sedang solat dan memanjat tubuh orang tua mereka.
Persoalannya, adakah batal solat seseorang apabila dirinya disentuh oleh kanak-kanak yang belum berkhatan?
"Begitu juga keadaannya jika kanak-kanak itu didukung oleh orang yang solat, sembahyangnya juga batal kerana dia dikira menanggung suatu yang ada najis,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.
Bagaimanapun, jika kanak-kanak itu hanya bersandar atau menyentuh orang yang solat, agamawan tersebut menjelaskan, sembahyang didirikannya tetap sah.
"Ini kerana dia tidak dikira menanggung suatu yang ada najis,” ungkapnya.
Ia sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Ismail Uthman Zaid dalam kitab Qurrah al-’Aini yang menerangkan bahawa:"Apabila telah diketahui bahawa kanak-kanak lelaki itu membawa najis yang zahir di bawah tempat khitannya atau di luar kemaluannya misalnya, maka solat orang yang menanggungnya itu batal.
"Adapun andai semata-mata sentuh pakaian kanak-kanak itu atau dia berpaut pada orang yang solat tanpa mengganggunya, maka tidaklah batal solat atas sebab itu dan dia sama seperti orang solat yang meletakkan di bawah tapak kakinya tali yang mana di hujungnya bersambung dengan najis,” katanya.