BEIJING - Ahli sains ketenteraan China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap, lapor Sputnik.
Akhbar South China Morning Post pada Isnin melaporkan bahan baharu itu, yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan, mampu menukar gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang antara 0.7 meter hingga 0.18 meter menjadi haba.
Teknologi ini berkesan meliputi jalur P dan L yang merupakan jalur operasi kebanyakan radar antiselinap masa kini.