Israel setuju gencatan senjata dengan Hizbullah secara prinsip

Iklan
Netanyahu menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dokumen yang diterbitkan akhbar Bild di Jerman itu kononnya tidak pernah sampai di meja pejabatnya. Foto Agensi

SHAH ALAM - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah secara prinsip semasa perbincangan keselamatan dengan pegawai Israel pada Isnin.

Memetik laporan portal CNN World, Israel masih mempunyai keraguan mengenai beberapa butiran perjanjian dan perkara lain masih dalam perbincangan yang dijangka akan disampaikan kepada kerajaan Lubnan.

Iklan
Iklan

"Beberapa sumber menekankan bahawa perjanjian tersebut tidak akan dimuktamadkan sehingga semua isu diselesaikan.

"Perjanjian gencatan senjata itu juga perlu mendapat kelulusan daripada kabinet Israel yang masih belum berlaku,” katanya.

Iklan

Sumber yang mengetahui rundingan tersebut berkata, mereka mengakui Israel dan Hizbullah terus berbalas serangan, namun sekiranya satu langkah silap ia boleh menggagalkan perbincangan yang sedang bergerak ke arah perjanjian.

Sebelum ini, Duta Amerika Syarikat, Amos Hochstein berkata, perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Lubnan masih dalam jangkauan, namun ia merupakan keputusan pihak terlibat.

Iklan

Amos Hochstein memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang sangat baik untuk merapatkan jurang antara kedua-dua negara berkenaan.

"Kami mempunyai peluang sebenar untuk menamatkan konflik ini. Peluang kini terbuka,” katanya selepas bertemu Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati dan Speaker Parlimen, Nabih Berri yang merupakan perantara Hizbullah dalam rundingan tersebut.