Jenazah tiga beranak maut nahas dekat Setiu dikebumi satu liang lahad

Iklan
Jenazah mangsa kemalangan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubor Maras.

KOTA BHARU - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 53, Kampung Sungai Lerek, Jalan Persekutuan Kuala Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu menyelubungi pengebumian jenazah Kamarudin Ibrahim, 55, Maimumah Mat Isa, 54, dan anak mereka Nur Ardiena Kamarudin, 30 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubor Maras dekat sini.

Iklan
Iklan

Kesemua jenazah diuruskan di Hospital Setiu, Kuala Terengganu dan disembahyangkan kira-kira 300 jemaah Masjid Sultan Muhammad II Telipot selepas solat Isyak.

Lebih 200 ahli keluarga dan rakan-rakan mengiringi jenazah yang selesai dikebumikan pada jam 9.40 malam.

Iklan
Jenazah tiga beranak mangsa kemalangan tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubor Maras.

Media sebelum ini melaporkan, tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat awal pagi tadi (Isnin)

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, mangsa maut ialah Nur Ardiena Kamarudin, 30, serta kedua ibu bapanya, Maimunah Mat Isa, 54, dan Kamarudin Ibrahim, 55.

Iklan

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Negeri Sembilan selepas menghadiri majlis konvokesyen adik bongsu, Nur Azwa Shamimi, 21, di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Nur Azwa Shamimi kini kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sementara itu, adik bongsu Allahyarham Kamarudin iaitu Mohd Shahidin Ibrahim, 31, berkata, jenazah tiba di rumah pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke masjid.

Berkongsi cerita sebelum kejadian, Mohd Shahidin memberitahu dia tidak sempat bertemu abangnya yang bertolak ke Putrajaya Khamis lalu untuk menghadiri majlis konvokesyen Nur Azwa Shamimi.

"Selepas itu abang ada menghubungi saya untuk meminta nombor telefon rakan anak ketiganya, Kamarul Syafiq, 26,

kerana anaknya tidak dapat dihubungi.

"Itu merupakan kali terakhir saya bercakap dengan abang yang turut memaklumkan dia sudah sampai di Jempol, Negeri Sembilan," katanya.