USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Datuk Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menerusi akaun Instagramnya memaklumkan pihaknya telah melantik peguam bagi mendapatkan nasihat dan membantunya menyelesaikan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang.
"Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional," katanya di sini pada Isnin.
Media melaporkan empat kereta mewah antara barangan milik Vida yang disita oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di rumahnya di Meru di sini.
Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7 serta semua barangan di dalam rumah terbabit.
Menurut The Star, Vida gagal menjelaskan hutang sebanyak RM1,060,285 untuk pengubahsuaian kilangnya di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada 2018.