Polis Alor Gajah buru tahanan lolos

Iklan
Tahanan warga Indonesia lmeloloskan diri dalam keadaan tangan bergari.

ALOR GAJAH - Seorang tahahan warga Indonesia meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari di pekarangan Mahkamah Alor Gajah di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, tahanan berusia 30-an itu melarikan diri ketika diiringi oleh pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke mahkamah bagi sebutan semula kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ADB 1952.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tahanan dipercayai lolos ketika dalam perjalanan untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan penguat kuasa kira-kira jam 10.10 pagi.

"Secara tiba-tiba suspek menolak pegawai pengiring dan terus melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah ke arah kawasan semak berhampiran dengan tangan masih bergari.

Iklan

"Ketika kejadian, suspek memakai kemeja-T berwarna biru muda dan berseluar panjang putih,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Jelasnya, selepas menerima laporan kejadian itu, pihaknya telah melancarkan Op Tutup dan Op Kesan untuk mencari dan menangkap semula suspek.

Iklan

Ashari berkata, pihaknya turut meminta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) namun setakat ini suspek masih belum dapat dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah atau balai polis berhampiran,” katanya lagi.