Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini

Iklan
Anwar (tengah) mengadakan pertemuan dengan Samsung sempena lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan hari ini. Foto Bernama

SEOUL - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan wakil 'chaebol', seorang tokoh terkemuka dari konglomerat Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranya Kumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.

Iklan
Iklan

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.

Chaebol (tokoh korporat) adalah konglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.

Iklan
Iklan

Sokongan kerajaan negara tersebut terhadap entiti itu bermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara. - Bernama