KUALA TERENGGANU - Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia telah bersama memacu ekonomi di Terengganu di samping menyediakan peluang pendapatan kepada lebih 10,000 Rakan Grab di negeri Pantai Timur itu.
Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, ini termasuk memberi peluang janaan pendapatan kepada lebih 60 orang kurang upaya (OKU) dan 100 Rakan Wanita Grab.
Menurut Rashid berkata, matlamat Grab Malaysia adalah untuk memperkasakan komuniti Rakan Grab dengan penyelesaian digital serta peluang pendapatan yang membolehkan mereka berkembang maju.
"Sejak dilancarkan di Terengganu pada tahun 2017, Grab telah membangunkan platform untuk mendayakan ekonomi tempatan melalui penyelesaian teknologi yang menyokong komuniti Rakan Grab di negeri ini.
"Pada masa sama, kami juga ingin memastikan pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang mudah dan boleh dipercayai. Sebagai contoh di Terengganu, jumlah pendaftaran Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan telah meningkat lebih 20 peratus dari tahun ke tahun.
"Lebih mengagumkan lagi apabila lebih separuh dari PKS tempatan telah berjaya mengekalkan taraf lima bintang di platform Grab berdasarkan penilaian oleh jutaan penggemar makanan, sekali gus membuktikan kualiti tinggi dan kepercayaan yang dibina melalui ekosistem digital Grab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pertama TechTarik yang dianjurkan Grab Malaysia di Terengganu Digital 1303 di sini pada Selasa.

Rashid (kiri) berkongsi tentang ilmu dan pandangan bersama Rakan Grab di Terengganu.