Kerjasama redONE Mobile, MMCV kukuhkan usaha jaga alam sekitar

Iklan
Sebahagian peserta program menanam pohon bakau.

SHAH ALAM – Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia, redONE Mobile bekerjasama dengan Kampung Budaya Mah Meri (MMCV) bagi mengukuhkan usaha menjaga alam sekitar dan membersihkan pantai serta melakukan penanaman bakau di Pulau Carey, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan ekologi serta kepelbagaian biologi kawasan pantai selain meningkatkan kesedaran tentang peranan penting tumbuhan bakau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara aktiviti yang dilakukan oleh sukarelawan adalah menanam anak pokok bakau dan membersihkan kawasan pantai bagi melindungi kawasan tersebut daripada hakisan selain meningkatkan kualiti air untuk memerangi perubahan iklim.

Sukarelawan menanam pokok bakau yang menjadi tumbuhan penting di kawasan persisir pantai Pulau Carey.

"Kerjasama kami dengan MMCV menggariskan komitmen kami untuk mencipta perubahan yang berkekalan dengan melindungi alam sekitar dan menyokong komuniti setempat.

Iklan

"Program ini selaras dengan nilai teras kemampanan dan kami berhasrat untuk meninggalkan legasi positif untuk generasi akan datang.

"Usaha bersama ini juga meraikan kekayaan warisan budaya suku Mah Meri iaitu salah satu daripada 19 suku asli di Malaysia, yang telah lama berkhidmat sebagai penjaga landskap pantai.

Iklan

"Sukarelawan mengambil bahagian dalam aktiviti tradisional suku kaum seperti Leaf Origami, Lastik,sumpitan, tenunan atap, dan demonstrasi ukiran kayu, mempamerkan kesenian dan pertukangan suku Mah Meri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

redONE Mobile bekerjasama dengan Kampung Budaya Mah Meri (MMCV) mengukuhkan usaha menjaga alam sekitar dan membersihkan pantai serta melakukan penanaman bakau di Pulau Carey, Selangor.

Sementara itu, menurut wakil MMCV, Diana Ross Diaman, perkongsian bersama redONE Mobile amat bermakna kepada komuniti Mah Meri.

Tambah beliau, menerusi program tersebut membolehkan pokok bakau melindungi persekitaran pantai sambil berkongsi warisan budaya dengan masyarakat secara meluas.

"Ia adalah satu langkah ke hadapan dalam memelihara kedua-dua tanah dan tradisi kita untuk generasi akan datang,” ujarnya.