KUALA LUMPUR - Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kesihatan seperti virus Zika, influenza dan Nipah pada masa lepas membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit.
Ketua dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Perubatan Kecemasan Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Dr M Rishya berkata, berdasarkan pengalaman itu, dengan beberapa penambahbaikan mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini dapat dikawal dan dikendalikan dengan baik.