[VIDEO] Simpan mayat ibu dalam peti sejuk, lelaki didakwa membunuh

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang pastor sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan membunuh ibu kandungnya, susulan penemuan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku yang disimpan sejak tiga tahun lalu.

N Deanesh, 53, yang memakai baju T berkolar warna putih, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Iklan
Iklan
Deanesh dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh ibunya yang disimpan dalam peti sejuk beku, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang dibawa masuk ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda, dituduh sengaja menyebabkan kematian Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah, Taman OUG, Brickfields di sini pada 21 hingga 26 Mac 2021 lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal.

Iklan

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 7 Februari tahun depan, untuk sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat, perubatan dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Pada 12 November lalu, media melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar selepas kediamannya diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek pada jam 9 pagi.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita warga emas itu di kediamannya pada tahun 2021.

Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Sepasukan polis telah menahan suspek di lokasi kejadian, sementara mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.