Rancang strategi bangunkan Tanah Tinggi Lojing

Iklan
Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan merancang strategi khas untuk Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang bagi membolehkan pembangunan dilaksanakan tanpa merosakkan alam sekitar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, antara strategi berkenaan ialah melibatkan pembangunan institusi, perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, antara kemudahan masyarakat yang perlu disediakan ialah kawasan rehat dan rawat, masjid, tandas, kawasan rekreasi serta kawasan lapang.

"Kita juga merancang pembinaan bangunan komersial, bangunan kerajaan, pusat penyelidikan serta pusat konservasi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Bahari Mohamad Nor (Pas-Gual Ipoh) mengenai langkah kerajaan negeri bagi pembangunan di Lojing supaya lebih komprehensif dan sesuai dengan kawasan cuaca yang sejuk seperti di Cameron Highland, Pahang ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa.

Jelas beliau, RKK turut melibatkan pembangunan agro dan eko pelancongan seperti mewujudkan Pusat Konservasi Rafflesia, tapak perkhemahan, taman rusa dan herbarium.

Iklan

"Selain itu, kita merancang tanaman pokok hutan, pusat peranginan sigar, penanaman 40 jenis durian pelbagai spesies dan pusat penyelidikan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Gunung Chamah dalam daerah Gua Musang juga bakal dibangunkan dengan mengambil kira alam semula jadi.

"Bagaimanapun pembangunan perlu dilakukan dengan teliti termasuk 20 peratus pembangunan, 40 peratus dikekalkan secara asal dan 40 peratus lagi dipenuhi tanaman," katanya.