Enam lelaki bertopeng larikan emas tiga kilogram

Iklan
Kejadian samun berlaku kira-kira 50 meter dari sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh pada Selasa.

IPOH - Emas seberat 3 kilogram dilarikan enam lelaki bertopeng dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu berlaku semasa pemilik premis mahu masuk ke kenderaannya dipercayai bagi menghantar barangan kemas kepada pelanggan.

Iklan
Iklan
Pasukan forensik polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Lelaki berusia 50-an itu yang ditemui pemberita berkata, semasa kejadian kesemua suspek memakai sarung muka dengan bersenjatakan pisau dan parang.

Menurutnya, dua kenderaan dinaiki suspek telah bertindak menghalang kenderaannya sebelum merampas sebuah beg yang mengandungi emas terbabit.

Iklan

Ringkasan berita:

  • Kejadian samun berlaku pada 9.30 pagi Selasa di hadapan premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
  • Enam lelaki bertopeng, bersenjatakan pisau dan parang, merampas beg berisi 3kg emas.
  • Pemilik premis, lelaki berusia 50-an, mahu masuk ke kenderaannya untuk menghantar barangan kemas.
  • Dua kenderaan suspek menghalang kenderaan pemilik dan merampas beg berisi emas.
  • Pemilik cedera sedikit di kaki selepas sebuah kereta suspek melanggar kenderaan beliau.
  • Ketua Polis Daerah Ipoh mengesahkan siasatan masih dijalankan.
Dijana oleh AI

"Kejadian berlaku begitu pantas, saya tidak mampu berbuat apa-apa.

"Satu daripada kereta suspek telah melanggar bahagian belakang kenderaan saya. Mujurlah saya sempat mengelak dan hanya cedera sedikit di bahagian kaki," katanya.

Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.