Pekerja swasta paling ramai jadi mangsa penipuan pelaburan di TikTok

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Golongan pekerja swasta dikesan paling ramai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan di TikTok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pekerja swasta mencatat peratusan tertinggi sebagai mangsa iaitu 54.2 peratus.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang terdiri daripada golongan tidak bekerja pula sebanyak 16.8 peratus, pesara (9.9 peratus), penjawat awam (7.6 peratus), peniaga (6.9 peratus) dan pelajar (4.6 peratus)," katanya pada sidang akhbar di di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Selasa.

Ramli berkata, laporan menunjukkan kes penipuan pelaburan melalui aplikasi TikTok meningkat 90.7 peratus sejak 2021 hingga Oktober lalu.

Iklan

"Jumlah kes melonjak daripada 13 kes pada 2021 kepada 131 kes pada tahun ini.

Beliau berkata, berpandukan kepala analisa mendapati golongan berusia 31 hingga 40 tahun menjadi mangsa utama (23 peratus), diikuti mereka berusia 21 hingga 30 tahun (21.4 peratus).

Iklan

"Pecahan jantina bagi mangsa adalah hampir sekata iaitu 66 mangsa wanita dan 65 lelaki," katanya.

Mengulas lanjut Ramli berkata, media sosial memberi kelebihan kepada penjenayah untuk menyembunyikan identiti mereka sambil memperdaya mangsa.

"Kecanggihan teknologi, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), membolehkan sindiket mencipta iklan palsu menggunakan gambar dan video individu terkenal untuk mengaburi mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang iklan pelaburan melalui media sosial tanpa pengesahan sahih.

"Berhati-hatilah dengan tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai," katanya.