Guru terjatuh Sungai Pahang ditemui lemas

Iklan
Wong Kim Wai (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung kejadian guru dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Pahang ketika memancing.

MARAN - Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor yang hilang selepas terjatuh Sungai Pahang berhampiran Jeti Chenor, Kampung Chenor, di sini Ahad lalu ditemui lemas pada Selasa.

Mayat mangsa, Murdani Ab Rahman, 53, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mayat mangsa disahkan berdasarkan pengecaman keluarga.

Dalam kejadian petang Ahad lalu, mangsa dipercayai memancing bersama seorang rakannya di sebuah rumah rakit di Pekan Lama Chenor kira-kira 5.50 petang sebelum disedari terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam dihanyutkan arus deras.

Iklan

Rakannya bersama beberapa penduduk kampung berhampiran cuba membantu namun mangsa gagal diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari pertama digerakkan jam 7.45 petang sebelum ditangguhkan kira-kira jam 9.30 malam berikutan hujan lebat.

Iklan

Kejadian itu turut mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah apabila baginda berkenan berangkat meninjau operasi SAR itu pada Isnin.