Dakwa pelaburan disabotaj: Sanusi dicabar dedahkan dalang

Iklan
Shaiful Hazizy (kiri), Laporan muka hadapan Sinar Harian pada Selasa mengenai dakwaan sabotaj pelaburan di Kedah. Gambar kecil: Shaiful Hazizy

ALOR SETAR - UMNO Kedah mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar mendedahkan pihak yang sedang merangka pelan mega menggagalkan pelaburan di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya menyuarakan kebimbangan terhadap cubaan memanipulasi persepsi dan sentimen yang didakwa dimainkan oleh menteri besar itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, UMNO Kedah melihat tuduhan ini sebagai tidak berasas dan hanya bertujuan mencipta persepsi dan sentimen murahan bagi mengaburi kegagalan kerajaan negeri dalam mengekalkan pengumuman pelaburan yang sedia gagal.

"UMNO Kedah mencabar YAB Menteri Besar untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pelan mega tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jelas Shaiful Hazizy, Kerajaan negeri tidak boleh ditadbir melalui kaedah perang persepsi dan sentimen semata-mata, tetapi perlu bersikap realistik dan praktikal demi kelangsungan rakyat.

Tambah beliau, UMNO Kedah yakin bahawa rakyat semakin menyedari strategi politik berselindung dan mengaburi yang sering diamalkan Menteri Besar tersebut.

Iklan

"UMNO Kedah bimbang politik sedemikian hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat dan negeri Kedah itu sendiri,” ujarnya lagi.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa terdapat plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini.

Beliau mendakwa, syarikat yang melabur di Kedah diberikan tekanan untuk menarik diri daripada projek yang telah diumumkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.