'BN hanya minta lima daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan' - Pemuda MCA

Iklan
Mike Chong

SHAH ALAM - Pemuda MCA mendakwa DAP masih memandang rendah terhadap Barisan Nasional (BN) dan hanya bekerjasama secara paksa semata-mata untuk kepentingan politik parti berkenaan sahaja.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Mike Chong berkata, ini kerana kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyasarkan bertanding di lima kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan telah menerima respon negatif daripada pemimpin.

Menurutnya, pendirian tegas DAP itu bercanggah dengan semangat setiakawan antara parti-parti Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"DAP harus ingat bahawa BN telah membantu Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini secara ikhlas kerana mahu mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

"BN hanya meminta lima daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan sahaja. Jika DAP masih angkuh, maka usah marah pula jika BN mempertimbangkan untuk bertanding di kesemua 13 kerusi di Wilayah Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara tegas menyatakan bahawa tidak mungkin mereka akan melepaskan kerusi itu kepada parti lain dalam kerajaan.

Antara ahli Parlimen yang menyatakan pendirian tersebut ialah Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras), dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Mengulas lanjut, Mike turut menzahirkan rasa kecewa kerana kenyataan Ahmad Zahid yang bersifat cadangan itu diperlekehkan oleh Ahli Parlimen DAP secara terbuka tanpa dibincangkan di peringkat lebih tinggi.

"Lebih mengecewakan lagi, tiada seorang pun pemimpin pusat DAP yang menyangkal kenyataan tersebut, seolah-olah mereka turut bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh ahli-ahli Parlimen DAP Wilayah Persekutuan tersebut berhubung perkara ini,” ujarnya.