Tiga nelayan nyaris lemas bot terbalik di pantai Bachok

Iklan
Tiga nelayan itu berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba. Foto ihsan JBPM

KOTA BHARU - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari Pantai Kampung Perupok, Bachok pada Selasa.

Mereka ialah Zukifli Abdullah, 57, Rohaimin Ahmad, 48, dan Muhamad Radsuen Ismail, 40.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Yusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi tadi dan tujuh anggota bomba tiba di lokasi 12 minit kemudian.

"Bagaimanapun tiga nelayan itu berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Ketua Daerah Perikanan Bachok, Ahmad Rashid Affendi Ahmad Razali berkata, beliau menghubungi pihak bomba selepas menerima maklumat berkaitan tiga nelayan nyaris lemas di pantai itu.

"Nelayan ini turun ke laut bagi mengangkat pukat yang dipasang pagi tadi. Orang ramai yang berada di lokasi sempat melihat kesemua mangsa melambaikan tangan meminta tolong setelah bot mereka terbalik," katanya kepada Bernama. - Bernama

Iklan